Fazura buat laporan polis berhubung kenyataan fitnah.

KUALA LUMPUR – Selebriti terkenal, Nur Fazura membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah yang dimuat naik seorang wanita di Instagram.

Menerusi perkongsian di Insta Story Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, membuat laporan itu di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail mengesahkan, pihaknya menerima laporan dibuat pelakon terbabit.

“Kita ada terima laporan Fazura, yang dibuat pukul 3.45 petang semalam di Damansara,” ujarnya secara ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, penyanyi Bertahan Demi Cinta itu memuat naik di Insta Story sekeping foto di Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Petaling Jaya.

Bagaimanapun Fazura tidak mendedahkan atau berkongsi sebarang butiran berhubung lapora fitnah berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast