Ina Naim dan Mohd Khairul selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Penyanyi, Ina Naim, 40, menamatkan zaman janda dengan seorang jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor, 41, di rumahnya di Felcra Sungai Ara di sini hari ini.

Ina atau atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, 40, kembali bergelar isteri dan kali ini menjadi milik Mohd Khairul yang merupakan seorang duda anak dua.

Hanya dengan sekali lafaz pada pukul 9.50 pagi, pasangan berkenaan sah bergelar suami isteri.

Pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Daerah Kora Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji yang mewakil wali bapa Ina, Mohd Naim Samijan.

Video Berkaitan

Ina yang anggun dengan persalinan tona nude itu menerima mas kahwin RM100, kelengkapan solat, seutas gelang tangan dan sebentuk cincin selain wang hantaran RM7,000.

Sebanyak lima dulang hantaran diberikan pihak pengantin lelaki dibalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis penikahan yang diadakan sederhana itu dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, saudara-mara, kenalan dan penduduk kampung.

Ina bergelar ibu tunggal selepas suaminya, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia pada 15 Disember 2023.

Hasil perkahwinn dengan Suhaimi, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sementara Mohd Khairul yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan memiliki sepasang cahaya mata berusia 12 dan 10 tahun hasil perkahwinan sebelum ini..- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here