Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan) KPDN, Aris Mamat memegang barangan tiruan yang dirampas KPDN.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 43 kes barangan tiruan dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM631,141.60 telah dilupuskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan) KPDN, Aris Mamat berkata, ia adalah hasil tindakan penguatkuasaan oleh pihaknya melibatkan pelbagai kesalahan di bawah bidang kuasa kementerian.

“Pelupusan melibatkan barang-barangan tiruan seperti baju, kasut, arak, dakwat pencetak, alat ganti kenderaan, minyak wangi dan lain-lain.

“Kesemua barangan rampasan membabitkan Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Cap Dangan 2019, dan Akta Jualan Langsung 1993 serta Akta Pelindungan 1999,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan) KPDN, Aris Mamat hadir Majlis Pelupusan Ekshibit yang berlangsung di Kompleks Penyimpanan Ekshibit, Bahagian Penguat Kuasa KPDN di Nilai, Negeri Sembilan.

Terdahulu, KPDN mengadakan Majlis Pelupusan Ekshibit yang berlangsung di Kompleks Penyimpanan Ekshibit, Bahagian Penguat Kuasa KPDN di Nilai, Negeri Sembilan.

Tambah Aris, KPDN menyeru kerjasama semua pihak untuk menyokong pelaksanaan inisiatif KITA GEMPUR yang telah dilancarkan pada 19 Oktober 2024 lalu.

“Ia bertujuan membanteras penyelewengan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi, serta mengatasi manipulasi dalam aktiviti perniagaan seperti penipuan dalam talian dan pakatan kartel.

“Selain itu, KPDN juga meminta semua pihak termasuk orang ramai untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan dan penyeludupan agar aktiviti yang merugikan rakyat dan negara itu dapat dibanteras,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast