Seorang lelaki warga asing rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Padang, Bukit Bakri, Muar, malam tadi

MUAR – Seorang lelaki warga asing rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Padang, Bukit Bakri di sini malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II Baharuddin Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 8.28 malam.

Susulan itu katanya, seramai 17 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta lori tangki dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pihak bomba tiba pukul 8.38 malam kira-kira 10 minit selepas panggilan kecemasan diterima. Kebakaran memusnahkan kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan struktur rumah.

“Seorang mangsa lelaki, Hein Htet yang berusia 26 tahun, warga
Myanmar didapati terperangkap dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri dalam keadaan api merebak dengan cepat.

Katanya, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya sekitar pukul 8.50 malam dan operasi tamat pukul 10.57 malam .

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here