Foto FB KDA FC.

KUALA LUMPUR – Kedah  Darul Aman (KDA FC) bakal bertukar pemilik selepas bersetuju dengan Mahsuri Medical Centre (MMC) untuk perbincangan berhubung terma-terma perjanjian dan syarat persetujuan kepada pihak peguam masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, pihaknya telah menerima maklum balas daripada KDA FC melalui surat mereka pada 7 November lalu.

“Diharapkan proses perbincangan antara peguam kedua-dua belah pihak dipermudahkan bagi mencapai kata sepakat dan persetujuan.

“Pihak MMC mengucapkan jutaan terima kasih kepada KDA FC atas maklum balas yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu pengambilalihan KDA FC yang ketika ini berdepan isu kewangan kembali panas selepas syarikat DSAT Group Sdn Bhd melalui anak syarikatnya, MMC di Jitra dilaporkan berminat untuk memiliki kelab berpangkalan di utara tersebut.

Pada 3 November lalu, pihak MMC yang diwakili Ketua Pegawai Operasi, Nazar Ahmad Md Noor dikatakan sudah menyerahkan surat tawaran untuk pengambilalihan KDA FC.

Pengerusi Eksekutif DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek memaklumkan pihaknya mahu mengambil alih 100 peratus saham KDA FC dan liabilitinya, tertakluk dengan terma dan syarat perjanjian.

Pihak pengurusan Sang Kenari sudah menghantar maklum balas kepada tawaran MMC secara serahan tangan pada 7 November 2024. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here