Ruang dapur yang menjadi tempat menggoreng berbau hanyir dan dipenuhi lalat selain lantai dan dinding dapur berdaki.

MELAKA – Menjijikkan apabila seorang peniaga pasar malam di pusat pelancongan Jonker Walk di sini menggoreng jualan anak ketam rangup atau ‘baby crab crispy’ di dapur rumah yang kotor dan dipenuhi lalat.

Lebih mengejutkan, makanan laut itu digoreng sehari lebih awal dan disimpan di dalam bekas sebelum mula dijual kepada pelanggan keesokan harinya.

Perkara itu diakui sendiri peniaga lelaki warga asing berusia 30-an itu ketika rumahnya di Malim diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka.

Anak ketam yang sudah digoreng dibiarkan terdedah sekali gus berisiko tercemar penyakit bawaan lalat.

“Memang biasanya saya akan goreng ‘baby crab’ ini hari ini dan simpannya di dalam bekas untuk dijual esok.

“Kalau hari ini nak jual, semalam sudah goreng,” katanya ketika soal pasukan penguat kuasa yang turut merampas lebih 85 minyak masak peket dan tepung gandum untuk kegunaannya dalam perniagaan.

Serbuan turut merampas beberapa peket tepung gandum yang diakui digunakan untuk membancuh resepi tepung goreng kerana gagal mengemukakan permit menyimpan kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Anak ketam dibiarkan terdedah sekali gus berisiko tercemar penyakit bawaan lalat.

Pemerhatian wartawan di ruang dapur yang menjadi tempatnya menggoreng ketam berkenaan mendapati persekitarannya berbau hanyir dan dipenuhi lalat.

Keadaan lantai dan dinding dapur pula berdaki selain anak ketam yang sudah digoreng dibiarkan terdedah sekali gus berisiko tercemar penyakit bawaan lalat.

Terdapat juga satu tong bertutup yang dijadikan simpanan puluhan kilogram anak ketam siap digoreng yang sedia dijual di pasar malam esok. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast