Nahas melibatkan dua kereta dan dua motosikal di hadapan Maktab Mahmud, Sik, Kedah malam tadi Foto BOMBA

KUALA LUMPUR- Dua pemandu kereta parah akibat tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta dan dua motosikal di Jalan Batu 8, Sik, Kedah malam tadi.

Kedua-dua mangsa masing-masing cedera di kaki, muka dan paha, dikeluarkan dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik.

Ketua BBP Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.11 malam.

“Kejadian dikatakan berlaku apabila Perodua Kancil dari arah Pekan Sik melanggar bahagian hadapan Perodua Myvi dan dua motosikal yang ketika itu dari arah Batu 8 untuk ke Pekan Sik.

“Kejadian berlaku di kawasan selekoh tajam di hadapan Maktab Mahmud SIK dan simpang tiga Kampung Kemelong.,” katanya.

Tambah beliau, beberapa saksi di lokasi kejadian percaya, pemandu Perodua Kancil terlelap (microsleep) sebelum memasuki jalan bertentangan.

Menurut Zulkhairi, pihak bomba mengeluarkan dua pemandu yang tersepit dalam Perodua Myvi dan Kancil menggunakan peralatan khas ‘lucas power unit resque’. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here