Suspek kes dera dan buli terhadap seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraaan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dibawa oleh anggota PDRM di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 8 November 2024.

KUALA LUMPUR- Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur menetapkan sebutan semula kes buli dan dera pegawai kadet senior Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke atas juniornya pada 27 Disember ini dengan jaminan sebanyak RM20,000.

Terdahulu, tertuduh Amirul Iskandar Hamizan, 22, yang merupakan pegawai kadet senior tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini jam 9.47 pagi.

Amirul yang memakai berkemeja putih dan bergari tiba di mahkamah diiringi anggota dan pegawai polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Dia berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL TERBAHARU

Pegawai kadet mengaku tidak bersalah dera junior

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast