Bangunan Bank Rakyat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2022 di Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 28 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR- Ahmad Shahril Mohd Shariff dilantik sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat bermula hari ini.

Bank Rakyat dalam kenyataan berkata, Ahmad Shahril yang juga  merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan menggantikan Datuk Mohammad Hanis Osman.

Ia susulan keputusan Mohamad Hanis yang menamatkan tempoh perkhidmatannya bagi mengejar peluang baharu.

“Pelantikan Ahmad Shahril bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan dan operasi Bank Rakyat berjalan lancar.

“Pelan peralihan ini membuktikan komitmen Bank Rakyat untuk terus memberikan nilai kepada pelanggan dan pemegang berkepentingannya.

“Kami yakin pelantikan ini akan terus membawa Bank Rakyat ke hadapan selain mencapai objektif strategik kami,” katanya.

Bank Rakyat berkata pihaknya telah merangka pelan penggantian untuk pengisian jawatan Ketua Pegawai Eksekutif yang akan diumumkan kelak.

Ahmad Shahril mempunyai pengalaman selama lebih 26 tahun dalam industri perbankan dan kewangan serta mempunyai kelayakan akademik yang luas.

Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kewangan dan Perakaunan dari University of Salford, United Kingdom serta Ahli Bertauliah di Chartered Institute of Islamic Finance. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast