Tinjauan MalaysiaGazette di kediaman kos rendah dua tingkat di Malim itu mendapati, pintu pagar dalam keadaan berkunci dan tidak menunjukkan tanda ia berpenghuni selepas diserbu pihak berkuasa Khamis lalu.

MELAKA – Rumah yang menjadi tempat seorang warga asing menggoreng anak ketam ranggup dalam persekitaran yang kotor dan dipenuhi lalat sebelum menjualnya di pasar malam kini sudah dikosongkan.

Tinjauan MalaysiaGazette di kediaman kos rendah dua tingkat di Malim itu mendapati, pintu pagar berkunci dan tidak menunjukkan sebarang tanda ia berpenghuni selepas diserbu penguat kuasa pada Khamis lalu.

Malah kereta milik lelaki warga asing berusia kira-kira 30-an juga tidak kelihatan dipercayai sudah berpindah atau beroperasi ke lokasi lain.

Anak ketam dibiarkan terdedah sekali gus berisiko tercemar penyakit bawaan lalat.

Pada Khamis lalu, sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka telah menyerbu rumah berkenaan.

Ops Bersepadu Kita Gempur itu susulan aduan awam diterima mendakwa penghuninya menyimpan dan menggunakan barang kawalan bersubsidi seperti minyak dan tepung untuk perniagaan tanpa mempunyai permit menyimpan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Bagaimanapun, serbuan mendapati makanan laut itu digoreng sehari lebih awal sebelum ia dijual.

Ia ditinggalkan dalam persekitaran dinding dan lantai dapur dipenuhi lalat dan kotoran.

Anak ketam yang sudah digoreng dibiarkan terdedah sekali gus berisiko tercemar penyakit bawaan lalat.

Anak ketam yang sudah digoreng turut dibiarkan terdedah sekali gus berisiko tercemar penyakit bawaan lalat.

Terdapat juga satu tong bertutup yang dijadikan simpanan puluhan kilogram anak ketam siap digoreng.

Lelaki terbabit mendakwa, anak ketam goreng ranggup itu  untuk dijual di pasar malam tumpuan pelancong seperti Jonker Walk, Banda Hilir – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Peniaga warga asing goreng ketam rangup di dapur kotor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast