Kok Chin (tengah) menunjukkan dadah bernilai RM3 juta yang dirampas pihaknya hasil tangkapan lima sekawan di sekitar Pulau Pinang pada sidang media hari ini.

GEORGE TOWN – Lima sekawan yang dipercayai pembekal kepada sindiket pengedaran dadah di Kuala Lumpur yang telah dibongkarkan polis pada Ogos lalu diberkas dalam tiga serbuan serentak di negeri ini Rabu lalu.

Serbuan pada jam 9.50 malam itu turut membawa kepada penemuan makmal pemprosesan dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta.

Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, polis menahan tiga lelaki tempatan berusia 32, 53 dan 54 tahun dalam serbuan di sebuah rumah semi-D di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.

Kesemua dadah yang dirampas untuk pasaran Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Jelasnya, rumah yang disewa RM2,500 sebulan itu dijadikan tempat memproses dadah susulan penemuan pelbagai jenis dadah, bahan kimia dan peralatan untuk pemprosesan bahan terlarang tersebut di dalam rumah berkenaan

“Semakan lanjut mendapati suspek berusia 32 tahun itu pakar dalam menghasilkan dadah manakala dua lagi suspek yang ditahan bersamanya merupakan pembantunya.

“Susulan itu, kita menahan suspek keempat berusia 59 tahun dalam serbuan di sebuah apartmen di Ayer Itam di sini, manakala suspek kelima, 46 tahun, ditahan di sebuah kedai Jalan Yeoh Guan Seok di sini.

Antara barang rampasan.

“Dalam operasi ini, kita merampas dadah jenis syabu, ketamin serbuk serta pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM3 juta.

“Turut disita aset sindiket bernilai RM89,000 termasuk dua buah kereta jenis Toyota Hilux dan Hyundai Accent serta sebuah motosikal jenis Skuter SYM JetX.

“Secara keseluruhan rampasan dadah dan sitaan bernilai RM3.1 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN 

Lelaki Singapura kantoi simpan dadah RM21.8j di kedai ubat milik anak

Mengulas lanjut Kok Chin berkata, modus operandi lima rakan itu adalah menjadikan rumah sewa sebagai makmal pemprosesan dan stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran Pulau Pinang dan Lembah Klang.

“Sindiket ini aktif sejak pertengahan tahun ini dan mereka dipercayai mempelajari cara menghasil dadah menerusi media sosial. Selain itu, ada antara mereka penagih tegar.

“Semakan lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik. Empat daripada suspek juga positif dadah.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 13 November ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here