Suspek bunuh dan simpan mayat ibu selama tiga tahun dalam peti sejuk di rumah Taman OUG, Jalan Klang Lama dalam kejadian pada 12 Novembver lalu akan diheret ke mahkamah atas pertuduhan membunuh di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Tindakan kejam seorang anak yang tergamak membunuh dan kemudian menyimpan mayat ibu kandungnya di dalam peti sejuk beku di rumah sejak tiga tahun lepas, terbongkar hari ini.

Ia setelah suspek terpaksa menghubungi talian kecemasan kira-kira 9 pagi tadi bagi mendapatkan rawatan untuk penyakit yang dihidapinya.

Lelaki berusia 50-an itu kemudiannya mengaku membunuh ibunya yang berusia 80-an di kediaman mereka di Taman OUG, di sini pada Mac 2021.

Polis yang menerima maklumat berkenaan, bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek.

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat dipukul sebelum dibalut dengan kain tuala serta plastik dan diletakkan di dalam peti sejuk beku tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi  mengesahkan tentang kejadian tersebut. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast