Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh dianugerahkan 'Women Empowerment Icon' oleh International Transnational Education Association.

KUALA LUMPUR – Naib Canselor Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Prof. Madya. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh dianugerahkan sebagai ‘Women Empowerment Icon’, di atas pencapaian beliau dalam memperkasakan wanita di peringkat antarabangsa.

Pengiktirafan itu diberi oleh International Transnational Education Association (ITEA).

Terdahulu, UPTM dengan kerjasama ICCCM dan International Transnational Education Association (ITEA) menganjurkan Majlis Perasmian Penutup ITEA Learning: E-Learning Material Development Competition.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pencapaian wanita dan memperkukuh komitmen UPTM dalam memperkasakan wanita melalui pendidikan digital dan pembelajaran jarak jauh (e-learning).

“Melalui tema Pemerkasaan Wanita, majlis ini akan memperkasakan keterlibatan dan kerjasama UPTM di peringkat global dalam pembinaan material e-pembelajaran yang mempromosikan kesaksamaan akses pendidikan merentas jantina dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang”, kata Dr. Sharifah Syahirah.

Majlis ini turut memeterai memorandum kerjasama akademik dan industri antara UPTM dengan empat institusi pengajian tinggi luar negara dan dua syarikat industri (bidang pendidikan & komersial).

Selain itu, satu forum bertajuk “Empowering Women Through E-Learning: Innovative Approaches and Solutions,” yang menampilkan panelis antaranya Naib Canselor UPTM, wakil Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), wakil negara Indonesia dan Filipina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast