ALOR GAJAH – Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini menetapkan 14 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes seorang pengasuh wanita dituduh membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, September lalu.

Majistret Dr Teoh Shu Yee menetapkan tarikh itu selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri selepas beliau memaklumkan dokumen laporan bedah siasat dan kimia belum diperolehi pihak pendakwaan.

Terdahulu, tertuduh, Nor Afifah Abdullah Shuhaimi, 34 tiba di perkarangan kompleks mahkamah kira-kira pukul 9.40 pagi menaiki kenderaan polis.

Turut kelihatan adalah beberapa individu dipercayai ahli keluarga tertuduh turut hadir bagi mengikuti prosiding pengurusan kes tertuduh yang diwakili peguam Farid Aziz.

https://malaysiagazette.com/2024/09/10/al-fateh-bertuah-haura-pergi-di-tangan-pengasuh-tanpa-pembelaan-ibu/

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi 6 September lalu, Muhammad Al Fateh Amri, lapan bulan meninggal dunia selepas pengasuhnya didakwa membedung, menyumbat botol susu menutup dengan kain dan menekup muka bayi berkenaan dengan bantal.

Tindakan pengasuh berkenaan dilihat menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebelum polis menahan reman pengasuh berkenaan yang juga ibu kepada tiga anak di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Pengasuh berkenaan sebelum itu menelefon ibu bayi terbabit yang baru lima hari dihantar ke taman asuhan kanak-kanak (Taska), Taman Kelemak Utama, di sini, memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri.

Sebaik tiba, mangsa merupakan anak sulung pasangan Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39 dan Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang dinantikan sejak 14 tahun tahun lalu sudah dalam keadaan keadaan terkulai, mulut berdarah dan muka kebiru-biruan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast