Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Daerah Hilir Perak menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan yang dirancang di Menara Condong pada Sabtu ini.

Perhimpunan itu dirancang bermula dari jam 5 petang hingga 7 malam.

Ketua polis daerah itu, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 11 November ini untuk mengadakan perhimpunan aman dan kebenaran program mengibarkan Jalur Gemilang di situ.

Susulan itu, polis telah menampal notis pemberitahuan program ini di kawasan berkenaan untuk mendapatkan pandangan orang ramai.

“Hasil pemakluman itu, polis menerima maklum balas daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan, pemilik Dataran Menara Condong yang tidak memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan atas faktor ketidaksesuaian tempat perhimpunan,” kata Ahmad Adnan dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pihak penganjur gagal mengemukakan persetujuan pemilik tempat perhimpunan seperti yang dinyatakan dan permohonan penganjur tidak dapat diproses untuk tindakan selanjutnya.

“Justeru orang ramai dinasihatkan tidak menyertai perhimpunan yang dirancang bagi mengelak tindakan undang-undang yang boleh diambil di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here