DBKL sita, pindah penjaja halang laluan di kawasan Parlimen Titiwangsa Foto DBKL

KUALA LUMPUR- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyita dan memindahkan barangan penjaja yang menghalang kawasan awam seperti pesiar kaki di sekitar Desa Pandan, Jalan Kg. Pandan, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Maktab dan Jalan Mayang Sari yang terletak di bawah Parlimen Titiwangsa.

DBKL dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan itu diambil susulan aduan yang diterima dan untuk memastikan kawasan awam sentiasa teratur dan selamat.
Kerusi/meja plastik, kanopi dan peralatan lain yang disita DBKL.
Foto DBKL

“DBKL menegaskan bahawa semua penjaja mesti mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

“Antara barangan yang disita adalah kerusi/meja plastik, kanopi dan lain-lain peralatan yang diletakkan di pesiar kaki dan laluan awam.

“Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Foto DBKL

Menurut kenyataan itu tindakan tersebut diambil menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

Tambahnya, tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast