Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Jalan licin dan basah punca kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada Khamis yang lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, punca kemalangan itu diketahui selepas siasatan awal dijalankan.

“Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan dan hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati pemandu dari Kem Batu 5, Mentakab Pahang ke Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan dengan membawa muatan dua buah kenderaan kereta perisPi milik ATM telah terbabas melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan dan terjatuh ke arah laluan bertentengan di KM35.3 Kuala Lumpur menghala ke Bentong akibat dari jalan licin dan basah,” katanya menerusi kenyataan.

Ujarnya, siasatan dijalankan  berdasarkan video yang tular di laman sosial baru-baru ini.

“Pada 7 November pihak IPD Gombak telah terkesan satu video yang telah tular di Facebook pemilik akaun adalah Helmi Hj Yusof-Isu Terkini Apa Hari Ini (i-TAH),” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dalam menyalurkan maklumat kepada polis.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman sebelum ini mengesahkan kemalangan melibatkan sebuah KPKP milik ATM terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 4.48 petang.

Katanya, kenderaan membawa dua kereta perisai ADBAB itu daripada pasukan yang berpangkalan di Mentakab, Pahang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast