STOCKHOLM – Seorang Menteri Sweden yang fobia terhadap pisang menyebabkan pegawai kerajaan meminta bilik-bilik yang bakal beliau hadiri bebas daripada buah tersebut.
Media Expressen telah memetik daripada emel bocor mendakwa, kakitangan yang bekerja untuk menteri Paulina Brandberg telah meminta buah pisang yang disediakan untuk dijamu dikeluarkan sebelum lawatan rasmi menteri tersebut.
Brandberg, menteri kesaksamaan jantina Sweeden dikatakan telah menyiarkan pada X pada 2020, mengatakan beliau mempunyai “fobia paling pelik di dunia terhadap pisang”.
Bagaimanapun, catatan itu telah dipadamkan.
Rakan ahli politik Sweden, Teresa Carvalho, juga berkata pada X bahawa dia juga mempunyai fobia pisang, dan dia sama dengan Brandberg dalam isu itu.
Walaupun jarang, bananaphobia boleh dicetuskan dengan melihat atau menghidu buah dan boleh menyebabkan gejala serius seperti kebimbangan dan loya.
Emel tersebut dilaporkan dihantar lebih awal unuk lawatan rasmi, termasuk ke majlis makan tengah hari VIP, meminta “tiada pisang” dibenarkan diletakkan di premis tertentu dan merujuk kepada Brandberg yang mempunyai “alahan kuat” terhadap buah itu.
Dalam respons kepada Expressen, menteri Parti Liberal itu mengesahkan dia fobia, tetapi menyifatkan kesannya terhadapnya sebagai “semacam alahan” dan “sesuatu yang saya perlu dapatkan bantuan profesional”. – Agensi