TOKYO – Puteri Mikasa, ahli tertua keluarga diraja Jepun, yang juga ibu saudara Maharaja Jepun, meninggal dunia pada usia 101 tahun hari ini sebuah hospital di Tokyo.
Imperial Household Agency berkata, Puteri Mikasa telah dimasukkan ke hospital sejak Mac lalu selepas mengalami strok dan radang paru-paru tetapi kembali pulih selepas rawatan dalam rawatan rapi.
Dilahirkan sebagai Yuriko Takagi dalam keluarga bangsawan pada 4 Jun 1923, puteri ini. berusia 18 tahun ketika dia berkahwin dengan adik kepada Maharaja Hirohito.
Pasangan itu mempunyai lima anak, dua perempuan dan tiga lelaki.
Beliau melahirkan anak pertamanya, seorang anak perempuan, pada tahun 1944 semasa Perang Dunia II.
Rumah pasangan diraja ini terbakar dalam serbuan udara dan terpaksa tinggal di tempat perlindungan bersama bayinya, menurut akhbar Asahi Shimbun.
Maharaja Hirohito yang berkhidmat sebagai ketua komander Jepun semasa penguaaannya ang merentasi Asia pada 1930-an dan 40-an menyerah diri pada Ogos 1945, selepas Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.
Suami Puteri Mikasa, Putera Mikasa, yang meninggal dunia pada 2016 pada usia 100 tahun, memihak kepada keputusan untuk menamatkan perang.
Ketiga-tiga anak lelaki Puteri Misaka meninggal dunia sebelum beliau, termasuk seorang yang meninggal dunia pada usia 47 tahun ketika bermain skuasy di kedutaan Kanada.
Puteri Misaka mempunyai tiga cucu perempuan yang kekal, termasuk Akiko, yang bukunya pada 2015 mendapat sambutan hangat di Jepun, menggambarkan pengajiannya di Oxford dan insiden kehilangan pasport diplomatiknya hingga menimbulkan syak wasangka di lapangan terbang.
Tahap kesihatan Puteri Mikasa merosot sejak September lalu
Putera Hisahito, anak saudara Maharaja Naruhito yang kini berusia 18 tahun adalah satu-satunya pewaris takhta.
Anak perempuan Naruhito, Puteri Aiko tidak boleh menaiki takhta berdasarkan Undang-undang Imperial Jepun yang dilaksanakan sejak 1947. – Agensi