Pusat urut itu dipercayai menawarkan khidmat seks dengan bayaran antara RM200 hingga RM250 yang boleh dilanggan melalui aplikasi Wechat.

KUALA LUMPUR – Menawarkan aktiviti persundalan dengan berselindung di sebalik premis urut di Klang terbongkar dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, semalam.

Sepasukan JIM Selangor menyerbu tiga pusat urut iaitu restoran, kedai serbaneka serta sebuah hostel yang menjadi kediaman pekerja tukang urut wanita warga asing.

Pengarah JIM Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, serbuan menerusi Ops Gegar kira-kira jam 3 petang itu menahan 47 orang termasuk 23 wanita berusia di antara 25 hingga 40 tahun.

“Pecahan tangkapan terdiri daripada empat warga tempatan disyaki majikan, Indonesia (3 orang), Vietnam (9 orang), Myanmar (22 orang), Thailand (6 orang) serta China (3 orang).

“Kita juga menyerbu enam premis membabitkan tiga pusat urut, sebuah hostel pekerja, restoran dan kedai serbaneka menerusi Ops Belanja, Ops Selera, Ops Sapu dan Ops Gegar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, pusat urut itu dipercayai menawarkan khidmat seks dengan bayaran antara RM200 hingga RM250 yang boleh dilanggan melalui aplikasi Wechat.

“Dalam serbuan itu, pasukan operasi bertindak menggempur hostel pekerja wanita asing itu yang berada berhampir pusat urut.

“Ketika serbuan dilakukan, pintu grill hostel mereka dikunci dan memaksa pasukan serbuan memotong untuk naik ke tingkat atas,” jelasnya.

Beliau menambah, antara kesalahan dikesan di atas  kesemua tangkapan adalah tiada pas atau permit sah serta melanggar syarat pas.

Berikutan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 56(1)(d) akta yang sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here