Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bercakap pada Sidang Media Mingguan Kementerian Komunikasi di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 08 NOVEMBER 2024

PUTRAJAYA – Penularan video temubual Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan stesen televisyen CNN telah disunting pihak tertentu.

Jurucakap kerajaan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, kerajaan percaya video-video tersebut disunting selepas status ucapan takziah Anwar mengenai kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh diturunkan daripada Facebook.

“Bila kita teliti keseluruhan apa disunting, saya kenal watak menyunting dan sifat mereka menyunting dan di sini lakukan kesilapan kerana untuk kata perdana menteri yang posting beliau ucap takziah atas pembunuhan Ismail diturunkan anti kumpulan Hamas.

“Perdana menteri menyatakan beliau paling bertegas dengan setiausaha negara Amerika Syarikat. Puak-puak menyunting apapun kita buat mereka tidak akan gembira namun penting kita tahu apa kita perjuangkan masa depan lebih baik buat Palestin.

“Namun penting kita tahu kita perjuangkan masa depan yang lebih baik buat Palestin,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di Kementerian Komunikasi, hari ini.,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan media mengenai penularan keratan video temubual Anwar bersama CNN, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata, pihaknya maklum dengan pihak berkenaan yang sifatnya suka menyunting dan ternyata mereka telah melakukan kesilapan.

Lantaran itu, Fahmi berkata, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti dan membuat siasatan terhadap penularan video pendek berkenaan di platform media sosial.

“Saya tegaskan kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang terutama rakan media dari membuat laporan tapi kita harus berhati-hati untuk melayan spekulasi ataupun menterjemah spekulasi seolah-olah ia adalah fakta.

“Jadi seringkali teguran dibuat tapi sekiranya perlu kita akan pertimbang tindakan yang lebih tegas jadi saya akan minta MCMC untuk teliti,” katanya.

Media hari ini melaporkan pemimpin pembangkang dan aktivis pro-Palestin melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap pendirian Anwar yang didakwa menerima hak Israel untuk wujud dan ‘mempertahankan diri’ – dua tuntutan yang sering dibuat terhadap pemimpin Islam oleh kerajaan Barat yang menyokong rejim zionis itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here