Hantaran White House Donald Trump sebagai Pope.

WASHINGTON – Presiden Donald Trump telah mencetuskan kritikan daripada penganut Katolik selepas menyiarkan imej yang dijana kecerdasan buatan (AI) sebagai Pope.

Gambar itu, yang dikongsi oleh akaun media sosial rasmi White House ketika penganut Katolik masih bersedih atas kematian Pope Francis, yang meninggal dunia pada 21 April.

Persidangan Katolik Negeri New York menuduh Trump mempermainkan agama.

Hantaran itu dibuat beberapa hari selepas Trump bergurau kepada pemberita: “Saya ingin menjadi Pope.”

Jurucakap Vatican, Matteo Bruni enggan menjawab soalan mengenai hantaran Trump semasa taklimat bersama wartawan pada hari Sabtu.

Vatican kini sedang dalam persediaan untuk memilih pengganti Francis bermula pada hari Rabu.

Imej yang disiarkan oleh Trump pada malam Jumaat memaparkan dia memakai pakaian tradisi oleh seorang paderi.

Trump yang memakai salib besar di lehernya, dan mengangkat jarinya, dengan ekspresi muka yang serius.

Persidangan Katolik Negeri New York, yang mewakili paderi di New York, mengkritik gambar itu di platform X.

“Tiada apa-apa yang bijak atau lucu tentang imej ini, Tuan Presiden.

“Kami baru sahaja mengebumikan Paus Francis yang dikasihi kami dan para kardinal akan memilih pengganti baharu St Peter. Jangan mengejek kami,” kata mereka.

Bekas Perdana Menteri Itali yang berhaluan kiri, Matteo Renzi turut mengecam hantaran Trump.

“Ini adalah imej yang menyinggung perasaan orang, menghina institusi dan menunjukkan pemimpin dunia sayap kanan suka berbadut,” tulis Renzi dalam bahasa Itali di X.

Tetapi White House menafikan dakwaan bahawa Trump mempersendakan paus.

“Presiden Trump terbang ke Itali untuk memberi penghormatan kepada Pope Francis dan menghadiri pengebumiannya, dan dia telah menjadi juara gigih untuk Katolik dan kebebasan beragama,” kata setiausaha akhbar, Karoline Leavitt. –  Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast