KUALA LUMPUR – Semua aktiviti rekreasi dan sukan air luar membabitkan sungai di daerah Kampar digantung berkuat kuasa serta-merta susulan kepala air di Sungai Jahang, Gopeng yang mengorbankan tiga nyawa semalam.
Arahan penggantungan itu termasuk aktiviti arung jeram dan tiub air.
“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kampar telah memutuskan semua aktiviti rekreasi dan luar dihentikan sehingga diberitahu kelak daripada pihak berkuasa,” kata pegawai daerahnya, Nazrul Fahmi Mohamad dalam satu kenyataan di sini.
Semalam, tiga mangsa yang merupakan kakitangan Jabatan Kerja Raya ditemui lepas Ketika melakukan aktiviti ‘water rafting’ di sungai tersebut.
Mangsa dikenali sebagai Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Suhaili Mat Saad, 47.
Dua lagi mangsa dikenal pasti sebagai, Penolong Jurutera Kanan, Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37, dan Pegawai Khidmat Pelanggan, Muhammad Ikram Abdul Bari, 29. Kedua-dua mangsa bertugas di JKR Daerah Langkawi.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Mohamad Nazri Daud tidak menolak kemungkinan kejadian itu dipercayai berpunca daripada kepala air akibat hujan berterusan yang menyebabkan air Sungai Jahang meningkat dengan mendadak. – MalaysiaGazette