SPRM hakim
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan disyaki terlibat isu dakwaan rasuah berhubung perolehan projek mineral di negeri itu.

SPRM dalam kenyataan berkata, siasatan awal berhubung aduan tersebut telah membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah.

“SPRM Sabah telah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan disyaki terbabit isu dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri tersebut.

“Setakat ini, lima orang ADUN telah dipanggil untuk dirakam percakapan, dan siasatan masih giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel berkaitan: Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah minta perlindungan SPRM – Azam

Video ADUN bincang rasuah: SPRM digesa bertindak tanpa tunggu laporan

Audio ADUN rasuah, C4 gesa pinda akta lindungi pemberi maklumat

G57 tempelak pemberi maklumat masih gagal lapor ADUN minta rasuah

ADUN rasuah; Beri perlindungan kepada pemberi maklumat, siasat segera – MCA

Pemberi maklumat skandal rasuah terima ugutan bunuh – KPN

Sehubungan itu, SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu dan memberi ruang kepada pihak berkuasa melengkapkan siasatan dengan telus dan menyeluruh.

SPRM sebelum ini mengesahkan pemberi maklumat berkaitan kes rasuah membabitkan Adun Sabah masih belum membuat laporan rasmi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, setakat ini, individu yang merakam video tidak tampil membuat laporan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast