KUALA LUMPUR- Kemaman dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak malam tadi, menjadikannya daerah pertama di Terengganu dilanda bencana itu.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam kenyataan di Facebooknya, malam ini, seramai 23 mangsa daripada empat keluarga telah dipindahkan ke dua pusat penempatan sementara, setakat ini.

“APM menyeru kepada semua masyarakat untuk berhati-hati dan sentiasa peka akan arahan pihak berkuasa semasa Monsun Timur Laut,” katanya.

Setakat ini, hujan masih berterusan di kebanyakan kawasan di Terengganu.

Operasi memindahkan mangsa banjir di Kemaman, Terengganu.
19 November 2024
Foto APM

Berdasarkan video dan gambar orang awam yang dikongsikan di media sosial antara kawasan yang ditenggalami banjir adalah Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kijal.

Menurut ADUN Alur Limbat, Ariffin Deraman, aliran air yang deras menyebabkan beberapa laluan dinaiki air, menyukarkan pergerakan penduduk setempat.

Banjir di Kemaman, Terengganu. 19 Nov 2024
Foto APM
“Kami menyeru semua pihak untuk saling membantu dan terus berdoa agar keadaan ini segera pulih. Bersama-sama kita hadapi ujian ini dengan penuh sabar dan semangat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, selain kawasan Teluk Kalong,keadaan air dilaporkan semakin meningkat naik di kawasan perumahan penduduk di Kijal dan Kemasik.

“Kita sudah mengeluarkan arahan kepada penduduk di kedua-dua kawasan itu bersiap sedia untuk berpindah berikutan trend air yang semakin menaik,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here