KUALA LUMPUR- Seorang murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau, Bagan Serai, Perak meninggal dunia akibat lemas di dalam parit di sebuah ladang, petang tadi.
Ahmad Khalif Shahrizal, 11, dikatakan bersama tiga lagi rakannya pergi ke belakang rumah untuk melihat jentera pengorek melakukan kerja-kerja membuat parit ladang di di Kampung Jalan Baharu, Matang Jelutong.
Pemandu jentera, Mohamad Fahmi Sohaime, 34, berkata, empat kanak-kanak lelaki tersebut meminta izin untuk melihat dia mengorek parit.
“Mangsa dan rakannya teringin untuk menaiki jentera pengorek dan disebabkan kasihan, saya memberi keizinan kepada mereka.
“Semasa itu mereka berada di seberang parit iaitu bertentangan dengan jentera, lalu mangsa dan rakan-rakan berjalan ke arah belakang jentera untuk mendekati saya,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita hari ini,.
Menurut Mohamad Fahmi, selepas melihat kesemua kanak-kanak itu menuju ke belakang jentera, dia terus melakukan kerja-kerja mengorek parit sehinggalah rakan sekerjanya memaklumkan mangsa telah lemas di dalam parit.