Koay Teng Soon didakwa atas dua pertuduhan miliki dua pucuk pistol serta lapan peluru di Mahkamah Sesyen Geoge Town, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang penghantar ayam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dua pucuk pistol dan lapan biji peluru tanpa lesen.

Tertuduh, Koay Teng Soon, 48, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didapati  memiliki enam butir peluru tertulis Thai arms 60/90 MM dan dua butir bertulis S&B 9MM Luger tanpa lesen atau permit senjata.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang boleh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki senjata api iaitu dua pucuk pistol jenama Smith & Wesson dan Pietro Beretta beserta satu kelopak.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu jam 2 petang di Solok Paya Terubong di sini, pada 10 November lalu.

Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar menawarkan jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan namun tertuduh yang tidak diwakili peguam mohon jaminan minima.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 17 Disember depan.

ARTIKEL BERKAITAN

Penjaja ditahan bersama dua pucuk pistol, peluru

MalaysiaGazette pada 11 November lalu melaporkan, polis menahan seorang penjaja sebelum merampas dua pucuk pistol serta peluru dalam serbuan di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini.

“Hasil siasatan awal suspek mendakwa miliki pistol tersebut untuk perlindungan diri namun kita masih jalankan siasatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here