KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai sebarang maklumat tentang keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa kononnya kini bersembunyi di Myanmar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak pemerintahan Tentera Junta Myanmar juga setakat ini tidak memberikan sebarang maklum balas kepada PDRM mengenai keberadaan semasa Jho Low di negara mereka.

“Sebarang maklumat ( Jho Low) sudah pasti negara itu akan memaklumkan dan berkongsi kepada kita memandangkan mereka juga berada dalam Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL).

“Apa sahaja maklumat kita (polis) ada, kita akan beri dan bantu Myanmar. Begitu juga mereka yang akan bantu apa juga yang kita minta,” katanya.

Razarudin berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) bagi Pelatih Inspektor, Sarjan dan Konstabel di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut dalam soal Jhow Lo ,Razarudin berkata, PDRM turut menjalin kerjasama dengan pasukan polis di beberapa buah negara ASEAN dan Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol).

“Baru-baru ini juga, saya juga ada menyertai Perhimpunan Agung Interpol ke-92 di United Kingdom (UK) selama seminggu yang turut disertai rakan sejawatan dari negara-negara lain.

“Sudah pasti di situ, apa-apa maklumat yang kita ada akan dikongsi,” jelasnya.

https://malaysiagazette.com/2024/11/19/shafee-syak-jho-low-bersembunyi-di-myanmar/

Pada 19 November lalu, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerusi satu forum mendakwa beliau percaya ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho (Jho Low) kini bersembunyi di Myanmar yang bergolak.

Muhammad Shafee yang merupakan peguam utama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan perkara itu pada forum bertajuk ‘Media Townhall: Getting the Facts Right-The Untold Stories of 1MDB & Other Cases’ hari ini.

Beliau dalam forum itu turut menyimpulkan bahawa perkara itu berdasarkan soal balasnya terhadap bekas penasihat undang-undang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan, yang pernah dianggap sebagai proksi Jho Low.

Jasmine yang menghilangkan diri pada 2018 sebelum menyerah diri kepada pihak berkuasa tahun lalu, menjadi saksi penting dalam perbicaraan rasuah Najib membabitkan penyalahgunaan dana 1MDB bernilai berbilion ringgit.

Dakwa Muhammad Shafee, daripada keterangan Loo yang disoal siasat, dia merasa dia Jho Low berada di Myanmar dan dilindungi oleh jeneral-jeneral di sana.

Dakwanya lagi, Jho Low mampu mendapatkan pasport untuk Jho Low dan membolehkannya masuk ke Myanmar tanpa menggunakan pasport Malaysia.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here