Pelepasan peserta kejohanan sukan lasak antarabangsa, Lenggong Ironbound A1 Asia World Cup 2024 di Resort Tasik Raban, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2024.

LENGGONG – Seramai 320 atlet sukan lasak dari dalam dan luar negara berkampung di sini bersempena dengan kejohanan antarabangsa, Lenggong Ironbound Adventure 1 (A1) Asia World Cup 2024 selama tiga hari bermula Jumaat.

Pengarah Kejohanan Shamsuri Abd Latif berkata, peserta terdiri daripada pelbagai negara termasuk Australia, Jepun, New Zealand, India dan Malaysia dengan acara melibatkan kategori 48 jam dan 12 jam.

Menurut beliau, 23 kumpulan dengan setiap kumpulan disertai empat orang akan mencabar diri melakukan pelbagai disiplin sukan lasak tanpa henti selama 48 jam melibatkan laluan sejauh 237 kilometer di sekitar Daerah Lenggong.

Pengarah Kejohanan Lenggong Ironbound A1 Asia World Cup 2024, Shamsuri Abd Latif. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2024.

“Kategori 48 jam ini kebanyakkan terdiri daripada atlet elit yang menjadi juara di negara masing-masing. Dalam cabaran ini, mereka perlu mencari laluan sendiri menggunakan peta dan kompas, tanpa diberi sistem penandaan.

“Ia merangkumi disiplin sukan lasak seperti orienteering, berbasikal bukit, berkayak, berakit, tali tinggi, penjelajahan gua, berlari denai dan merentas hutan.

“Justeru, menjadi cabaran buat mereka untuk bernavigasi dan menyusun jadual dengan melengkapkan kesemua disiplin itu dalam tempoh 48 jam,” katanya.

Atlet sukan lasak Lenggong Ironbound Shamsuri antarabangsa disiplin acara 48 jam 12 jam peserta tempatan antarabangsa dalam luar negara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ahli Parlimen Lenggong yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah bergambar bersama peserta kejohanan sukan lasak antarabangsa, Lenggong Ironbound A1 Asia World Cup 2024 di Resort Tasik Raban, Lenggong.
Turut sama, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelepasan peserta Lenggong Ironbound A1 Asia World Cup 2024 di Resort Tasik Raban, dekat sini, awal pagi Jumaat.

Majlis disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menyantuni peserta kejohanan sukan lasak antarabangsa, Lenggong Ironbound A1 Asia World Cup 2024 di Resort Tasik Raban, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2024.

Hadir sama, Hadir sama, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee serta Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.

Tambah Shamsuri, acara bagi kategori 12 jam pula disertai kesemua 20 pasukan setiap satu berpasangan dan mana ia terdiri daripada atlet tempatan serta perlu menempuhi cabaran meliputi laluan sejauh 150 km dalam daerah sama.

Atlet sukan lasak Lenggong Ironbound Shamsuri antarabangsa disiplin acara 48 jam 12 jam peserta tempatan antarabangsa dalam luar negara
Orang ramai melihat pelepasan peserta kejohanan sukan lasak antarabangsa, Lenggong Ironbound A1 Asia World Cup 2024 di Resort Tasik Raban, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2024.

Kata beliau lagi, antara kelainan berbanding penganjuran edisi lalu adalah diadakan lokasi baharu seperti ada acara sebelum ini diadakan di Taman Awam Gua Tok Giring telah ditukar ke Jambatan Raja Nazrin Shah.

Mengulas lanjut beliau berkata, antara cabaran bagi peserta antarabangsa dalam Lenggong Ironbound A1 Asia World Cup 2024 kali ini adalah keadaan geografi dan cuaca.

Menurut beliau, keadaan hutan yang sedikit berlumpur dan perubahan ketara cuaca hujan serta panas menjadi suntikan elemen keterujaan bagi mereka.

“Peserta antarabangsa ini mahu rasakan berbeza situasi di setiap negara yang menjadi acara penganjuran.

“Dan ini secara tidak langsung dapat mempromosikan kempen Tahun Melawat Perak 2024 melalui penganjuran sukan-sukan lasak seperti ini,” katanya lagi.

Atlet sukan lasak Lenggong Ironbound Shamsuri antarabangsa disiplin acara 48 jam 12 jam peserta tempatan antarabangsa dalam luar negara
Pelepasan peserta kejohanan sukan lasak antarabangsa, Lenggong Ironbound A1 Asia World Cup 2024 di Resort Tasik Raban, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2024.

Kejohanan dianjurkan Akademi Orienteering Malaysia itu merupakan kali ketiga adakan di Lenggong sejak edisi penganjuran pada tahun 2021 dan 2022.

Di samping itu ia turut tersenarai dalam kalendar antarabangsa A1 Nationwide Australia selain mendapat kelulusan antarabangsa daripada World Obstacle Federation – FISO (Fédération Internationale de Sports d’Obstacles) Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here