Aggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu memindahkan mangsa banjir.

MELAKA – Jumlah mangsa banjir di daerah Melaka Tengah terus meningkat kepada 264 mangsa daripada 71 keluarga  berbanding semalam setakat pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka berkata, peningkatan itu adalah berbanding 54 mangsa daripada 13 keluarga setakat pukul 12 tengah malam tadi.

Kesemua mangsa merupakan penduduk di empat kawasan iaitu Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Kampung Bukit Datuk A dan Kampung Pantai Kundur.

“Kesemua mangsa kini ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami banjir akibat hujan lebat sejak 5 petang semalam.

“Seramai 179 mangsa daripada 47 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Tanjung (SK) Minyak 2, 32 mangsa daripada 10 keluarga di JAPERUN Pantai Kundu dan 53 lagi mangsa daripada 14 keluarga berlindung di SK Taman Bukit Rambai,” katanya dalam kenyataan pagi ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast