SHAH ALAM – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor menghapuskan 16 pot dadah untuk tempoh antara Januari hingga Oktober lalu.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, dalam tempoh itu pihaknya telah melakukan 553 serbuan dan menangkap 2,136 pengedah dan penagih.
“Daripada jumlah itu, 254 ditangkap kes bekalan, 576 kes memiliki, 776 urin positif berulang yang dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a)/39C, Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Pada masa sama, seramai 26 individu yang terbabit dengan pengedaran dadah ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK 1885),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Tambah beliau, daripada segi rampasan sepanjang Ops Sarang, JSJN Selangor berjaya merampas heroin seberat 3.07 kilogram, Syabu (1.56 kg), ganja (351 gram), daun ketum (6.8 kg) dan 9,900 mililiter air ketum. – MalaysiaGazette