Ah Soon ketika menjawab soalan dalam sidang DUN di Banguan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini

ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 55 kilinik kesihatan yang dikategorikan daif di Johor sudah pun dinaik taraf pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, langkah itu bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan dan tahap keselesaan pesakit yang mendapatkan rawatan.

Beliau memberitahu, langkah itu merupakan kesinambungan daripada proses naik taraf 43 klinik daif yang sudah dilakukan sepanjang tahun lalu.

“Bagi tahun ini pula sebanyak 45 fasiliti Kesihatan telah dikenal pasti untuk dicadangkan bagi kerja-kerja naik taraf.

“Kerajaan Negeri Johor sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Pusat melalui Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk mengenal pasti fasiliti kesihatan primer yang daif dan perlu dinaik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Ketiga Kali ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Tian Soon (BN-Yong Peng) berkata demikian menjawab soalan Datuk Pandak Ahmad (Kota Iskandar) mengenai status dan perancangan kerajaan negeri bagi kerja-kerja menaik taraf klinik daif di Johor seperti Klinik Kesihatan Gelang Patah.

Beliau berkata, Menteri Besar Johor, Datauk Onn Hafiz Ghazi sudah membuat lawatan mengejut ke Klinik Kesihatan Gelang Patah baru-baru ini.

Hasil lawatan tersebut ujarnya, beberapa perancangan telah dibuat bagi perancangan jangka pendek.

“Kerajaan negeri akan membantu dalam perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan, perabot dan peralatan yeknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah uzur bagi penggantian segera,” katanya.

Sementara perancangan jangka sederhana katanya, kerajaan negeri bersedia membantu penyewaan dua unit rumah kedai bagi menempat perkhidmatan klinik ibu dan anak.

Menurut beliau, pemindahan perkhidmatan klinik ibu dan anak di rumah kedai boleh mengurangkan kesesakan di klinik sedia ada.

Selain itu katanya, penyediaan ruang parkir dalam kawasan Klinik Kesihatan Gelang Patang di belakang kuarters klinik berkenaan.

“Akhirnya perancangan jangka panjang kerajaan negeri akan terus berusaha bersama kerajaan Pusat bagi merealisasikan pembinaan klinik kesihatan yang baharu Jenis 2 di tapak berhampiran Klinik Kesihatan Gelang Patah sedia ada,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here