MUAR – Seorang doktor muda rugi RM138,000 akibat terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, wanita tempatan berusia 30 tahun itu pada mulanya mengikut seminar secara dalam talian.

Jelasnya, mangsa kemudian ditawarkan beberapa pakej pelaburan pada Mei tahun lalu.

“Mangsa ditawarkan untuk melabur sebanyak RM138,000 dan dijanjikan keuntungan setiap bulan sebanyak RM5,000 selama dua tahun.

“Oleh kerana berminat dengan keuntungan yang dijanjikan bermula 4 Julai sehingga 6 Julai tahun lalu, mangsa telah membuat pembayaran keseluruhan sebanyak RM138,000 secara dalam talian atas akaun nama sebuah syarikat.

“Bagaimanapun sehingga laporan polis dibuat pada 14 November lalu, mangsa tidak menerima sebarang dividen yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raiz Mukhliz, mangsa berasa tertipu apabila syarikat berkenaan dikatakan mengalami kerugian dan tidak dapat membayar dividen yang sudah dilaburkan.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai agar berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati terutama membabitkan transaksi kewangan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here