Feri baharu Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Perkhidmatan feri di negeri ini dianggarkan mengalami kerugian sekitar RM14 juta setahun disebabkan kosnya melebihi jumlah kutipan tiket.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata, antara faktor lain termasuk kos minyak diesel yang tinggi dibayar mengikut harga pasaran kerana tiada penyediaan subsidi minyak diesel diberikan.

“Untuk gambaran kasar, kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35 peratus daripada kos perbelanjaan operasi feri.

“Meskipun menghadapi kerugian, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tetap melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk memastikan perkhidmatan feri yang terbaik kepada pengguna,” kata Zairil pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Zairil (PH-Tanjung Bunga) menjawab soalan dari Teh Lai Heng (PH-Komtar) berkenaan keadaan kewangan perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Untuk rekod, statistik pengguna feri mulai bulan Januari hingga bulan Oktober lalu bagi penumpang pejalan kaki adalah seramai 1.76 juta penumpang manakala bagi kenderaan dua roda adalah sebanyak 0.6 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here