Yahya menyampaikan sijil kepada penerima dalam Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Johor 2024 di Dewan Kuliah UTHM, Batu Pahat, hari ini

BATU PAHAT – Sultan Johor sudah memperkenankan keputusan pengharaman ajaran, fahaman dan pegangan ahli GISBH Holdings (GISBH) di negeri ini.

Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu pewartaan terhadap fatwa berkenaan untuk diambil tindakan lanjut.

“Jabatan Mufti Negeri Johor menetapkan ajaran, pegangan dan fahaman pengikut GISBH sebagai haram selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Muzakarah MKI memutuskan keputusan bahawa gerakan itu bercanggah dengan ajaran dan menyeleweng dari akidah islam.

“Fahaman ini telah pun dibawa ke dalam Jawatankuasa Fatwa Johor dan hasil daripada muzakarah itu dan telah disemak maklum kepada DYMM Tuanku bahawa ajaran ini adalah ajaran yang menyeleweng dan perlu diberikan penerangan kepada masyarakat supaya tidak terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Johor 2024 di Dewan Kuliah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini hari ini.

Katanya, keputusan serupa juga ditetapkan untuk ajaran Qadiani yang telah difatwakan haram pada awal tahun 60-an namun ada cubaan untuk menghidupkan semula ajaran itu.

Menurut Yahya, kerajaan negeri akan memastikan kedua-dua fahaman berkenaan yang merupakan ajaran sesat perlu untuk dibanteras daripada terus berkembang.

Ujarnya, ajaran Qadiani yang diasaskan oleh Mirza Ghoulam Ahmad dari India adalah menyeleweng dan bercanggah dengan ajar dan syariah Islam.

“Ditetapkan melalui fatwa terhadap ajaran Qadiani adalah mana-mana orang Islam dalam pergi Johor yang mempercayai atau mengikuti atau terlibat dengan fahaman atau ajaran ini boleh menyebabkan terkeluar daripada ajaran Islam.

“Mana-mana mereka yang terbabit dengan fahaman ini kita akan ambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here