Suspek bunuh dan simpan mayat ibu selama tiga tahun dalam peti sejuk di rumah Taman OUG, Jalan Klang Lama dalam kejadian pada 12 Novembver lalu akan diheret ke mahkamah atas pertuduhan membunuh di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki membunuh dan menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku selama tiga tahun akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada hari ini.

“AGC memberi persetujuan untuk melaksanakan pertuduhan ke atas suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada 12 November lalu, polis menahan suspek selepas beliau mengakui membunuh ibu kandungnya pada 2021 sebelum meletakkan mayat mangsa di dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama, di sini.

Sumber memaklumkan bahawa suspek membunuh ibunya kerana mahu beliaumemasuki syurga.

Lelaki itu dipercayai menumbuk ibunya sehingga mati sebelum mayat warga emas itu dibalut dengan tuala dan kain dan disumbat dalam peti sejuk beku.

Menurut Rusdi, setakat ini, sebanyak 13 saksi memberi keterangan untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast