KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat selepas kesemua ahli MKT sebulat suara melepaskan hukuman itu.
“Keputusan itu dibuat selaras dengan Fasal 10.6 d a n Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Artikel berkaitan: Meski masih digantung, Tajuddin setia berkempen dengan jentera UMNO
Peluang cerah Tajuddin kembali ke pangkuan UMNO
Tajuddin berharap UMNO terimanya kembali
Wanita UMNO Pasir Salak desak kembalikan keahlian Tajuddin
Akmal ajak Tajuddin, KJ bantu ‘hidupkan’ semula UMNO
Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Pasir Salak digantung keahlian daripada UMNO selama enam tahun atau dua penggal, berkuat kuasa 1 Oktober 2022.
Selain itu Tajuddin, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail turut dikenakan hukuman sama dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diadakan di Menara Dato Onn, kira-kira tiga tahun lalu. – MalaysiaGazette