Armizan menyampaikan anugerah pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan KPDN 2024 di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka hari ini.

ALOR GAJAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menahan 604 individu serta merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai lebih RM87 dalam Ops Tiris 3.0 yang dijalankan bermula 1 Januari hingga 22 November lalu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia melibatkan 39,069 pemeriksaan di seluruh negara yang berjaya menghasilkan 2,521 kes.

“Seramai 604 individu yang berjaya ditahan adalah warga tempatan dan asing dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM87,034,264.29.

“Ops Tiris ini yang bertujuan menangani isu ketirisan barang kawalan kawalan subsidi diesel yang turut diperluaskan kepada barangan lain iaitu petrol R0N 95, minyak masak peket, gula dan sebagainya,” katanya.

Armizan Mohd Ali

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan KPDN 2024 di Kem Permata Resort hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar dan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam.

Pada program itu, seramai 284 opegawai, iaitu 244 pegawai lantikan baharu serta 40 pegawai Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) telah berjaya menamatkan latihan pada kursus kali ini.

Mengulas lanjut, Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, melalui Ops Kesan pula, KPDN telah melaksanakan 4,200 pemeriksaan premis dan menerima 166 aduan awam di seluruh negara.

“Sejajar dengan itu, bermula Januari tahun hadapan, kita akan memperkukuhkan strategi meningkatkan keberadaan
(omnipresence) jentera penguat kuasa KPDN di lapangan

“Strategi ini amat penting untuk memastikan aspek kawalan dan pemantauan diperkasakan termasuk melaksanakan tindakan susulan terhadap setiap aduan dan laporan yang diterima oleh pelbagai pihak,” katanya.

Tambahnya, pertambahan pegawai penguat kuasa KPDN yang tamat kursus hari ini juga ini dapat meningkatkan omnipresence atau kehadiran anggota penguat kuasa di pelbagai lokasi secara berterusan bagi memastikan kawalan dan pemantauan yang efektif.

“Setakat ini, bilangan jentera penguat kuasa yang terhad menyebabkan penempatan pegawai dan anggota tidak boleh dibuat mengikut jumlah pentadbiran daerah yang wujud di seluruh negara.

“Sebilangan pentadbiran cawangan KPDN terpaksa berhadapan dengan cabaran liputan kawasan kawal selia yang terlalu luas dan isu logistik, manakala ebahagian pula berhadapan dengan jumlah kepadatan kependudukan dan jumlah premis perniagaan yang amat tinggi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast