Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Permohonan kuota bagi Program Net Energy Metering (NEM) untuk kategori domestik atau NEM Rakyat dibuka semula hari ini, 25 November 2024, dengan jumlah kuota tambahan sebanyak 50MW.

Penambahan ini menjadikan jumlah kuota keseluruhan untuk NEM Rakyat sejak pelaksanaannya pada tahun 2011 adalah sebanyak 450MW.

Kuota NEM Rakyat sebelum ini telah habis dipohon pada awal bulan November 2024, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra).

Menurutnya, bagi menyokong usaha syarikat korporat untuk memenuhi komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dari aspek pembekalan elektrik hijau, kuota kategori NEM NOVA untuk pengguna komersial dan industri juga akan ditingkatkan sebanyak 300MW lagi kepada 1,400MW.

“Memandangkan sambutan yang menggalakkan, kementerian memutuskan untuk menambah kuota untuk NEM Rakyat dan NEM NOVA agar lebih ramai pengguna boleh memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk pemasangan sistem solar PV.

“Pertambahan kuota ini juga selaras dengan pengumuman Belanjawan 2025 untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan program NEM kepada 30 Jun 2025. Garis Panduan terkini bagi Program NEM Rakyat dan NEM NOVA boleh didapati melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my.

“Manakala maklumat lanjut mengenai permohonan Program NEM boleh didapati di laman sesawang SEDA Malaysia di www.seda.gov.my,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam kenyataan, Petra berkata, kerajaan juga mengambil perhatian akan pandangan umum hala tuju pelaksanaan pembangunan solar di bumbung bangunan yang lebih
menyeluruh dan jelas perlu dimaklumkan kepada pemegang taruh bagi memudahcara urusan komersial.

“Perkara ini telah pun diteliti dan pemakluman akan dilakukan dalam masa terdekat selepas kesemua aspek yang berkaitan telah dimuktamadkan,” ujarnya. .

Petra berkata, ia komited untuk memastikan pelaksanaan semua inisiatif tenaga boleh baharu (TBB) yang diperkenalkan adalah inklusif, adil dan memberikan manfaat kepada semua rakyat.

Sehubungan itu, inisiatif TBB menerusi program pemasangan sistem solar di bumbung bangunan ini kelak akan dilaksanakan secara teratur dan menyeluruh ke arah
mencapai sasaran 70% campuran kapasiti TBB dalam perbekalan elektrik negara menjelang tahun 2050. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here