Screenshot

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk tidak menambah peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang meskipun terdapat gesaan agar peruntukan tersebut dinaikkan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ketetapan itu dibuat berikutan kerajaan negeri telah melantik Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di semua kawasan pembangkang di negeri ini.

Katanya, jumlah peruntukan sebanyak RM60,000 yang diterima pembangkang itu juga akan dikekalkan bagi tahun 2025.

“Bagi tahun 2024, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500,000 kepada ADUN kerajaan manakala RM60,000 kepada ADUN pembangkang dan RM100,000 kepada Pegawai Penyelaras KADUN di setiap kawasan.

“Segala peruntukan demi manfaat penduduk, tidak kira di kawasan ADUN kerajaan mahupun ADUN pembangkang telah pun diselaraskan secara bersepadu oleh jabatan, agensi serta anak syarikat kerajaan negeri yang antara lain diterjemahkan kepada projek dan program di bawah Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau pelaksanaan projek atau program secara langsung oleh kerajaan negeri.

“Sebagai wakil rakyat, semua ADUN boleh mengetengahkan masalah atau permintaan penduduk di kawasan mereka kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri yang sentiasa bersedia membantu rakyat dengan mengamalkan dasar, no wrong door policy,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zulkifli Bakar (PN-Penanti) yang mempersoalkan mengapa wakil rakyat pembangkang tidak ditambah peruntukan mereka bahkan peruntukan diberi kepada penyelaras Kadun yang melebihi daripada wakil rakyat pembangkang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here