GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sekali lagi mengingatkan 37,000 pengguna air di kawasan pantai di utara bahagian pulau negeri ini untuk menyimpan air ketika gangguan bekalan air berjadual (SWSI) bermula Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk K. Pathmanathan berkata, SWSI selama 14 jam itu dijadualkan bermula dari 10 malam, 28 November hingga 12 tengah hari keesokan hari.

Antara kawasan terjejas adalah Bagan Jermal, Batu Ferringhi, Mount Erskine, Tanjung Tokong, Tanjong Bungah, Tanjung Pinang dan Teluk Bahang.

“SWSI ini berkaitan dengan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Batu Ferringhi yang mengeluarkan air terawat yang dibekalkan di kawasan yang terjejas.

“PBAPP perlu menggantikan injap 900mm yang mengalami kerosakan di dalam LRA selain kakitangan PBAPP dan TNB juga akan menjalankan kerja- kerja servis elektrik voltan tinggi dan penyelenggaraan pencegahan.

“Kerja-kerja ini untuk memastikan LRA Batu Ferringhi beroperasi secara optimum dan meminimumkan risiko kerosakan loji pada ketika penggunaan air yang tinggi dan perubahan iklim ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Pathmanathan, PBAPP memohon maaf atas kesulitan sementara yang berlaku dan memohon pemahaman semua pengguna air yang terjejas semasa SWSI.

“Kita akan menyiarkan kemas kini berkala tentang kemajuan kerja di Facebook PBAPP dan pengguna yang terjejas juga boleh menghubungi pusat panggilan 24 jam di talian 04 255 8255 untuk mendapatkan maklumat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here