Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (bahaya) bagi daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terenggani serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Ketua Pengarahnya berkata, amaran tersebut berkuatkuasa sehingga Jumaat, 29 Nov ini.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) bagi seluruh negeri Kelantan serta beberapa kawasan di Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling); Perak (Hulu Perak); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus & Kuala Terengganu); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh & Bera); dan Mersing, Johor, berkuatkuasa sehingga Jumaat, 29 November ini.

Sumber MetMalaysia

Selain itu, amaran hujan berterusan peringkat waspada sehingga 29 November ini dikeluarkan bagi seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim & Bandar Baharu); Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta & Kampar); Pahang (Raub & Bentong); (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi & Johor Bahru); dan Sabah (Sandakan (Telupid, Beluran & Sandakan).

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” kata MetMalaysia dalam kenyataan yang dikemaskini jam 1 petang tadi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here