Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan tiga hari ke Korea Selatan Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

SEOUL- Malaysia meminta proses perolehan 18 pesawat pejuang FA-50M buatan Korea Selatan yang dijadual diterima pada 2026 disegerakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita meminta disegerakan (proses) pembelian yang beberapa tahun lalu diputuskan (iaitu) 18 unit pesawat FA-50M, yang sepatutnya sampai pada 2026.

“Kalau boleh dipercepatkan,” katanya dalam sidang media bersama media Malaysia di sini hari ini.

Anwar mengakhiri lawatan tiga hari ke Korea Selatan selepas menerima jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak memperincikan butiran rundingan untuk mempercepatkan proses perolehan berkenaan.

Pesawat pejuang FA-50M

Pada September lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pengeluar pesawat pejuang berkenaan, Korea Aerospace Industries (KAI) dan syarikat Hanwha Aerospace telah mencapai tahap 38 peratus pembinaan pesawat itu.

Pembelian 18 pesawat FA-50M dibuat pada tahun lepas manakala perolehan bagi pesawat berkenaan dimuktamadkan pada Mei 2023 dengan kontrak bernilai hampir RM4 bilion, bertujuan memperkasakan ketumbukan pertahanan Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan ruang angkasa negara.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here