Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 17 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui wujud kes penyeludupan dadah berlaku di penjara di negara ini dengan menggunakan teknologi dron.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak kementerian mendapati terdapat 55 kes kes penyeludupan dadah menggunakan alat itu pada tahun ini.

“Ada satu kes yang tidak berlaku masa (Ahli Parlimen) Larut, ada (pula berlaku) tempat saya (jawatan Menteri KDN), adalah seludup dadah pakai dron.

“Dia jatuhkan dadah pakai dron, jadi kita kena ada anti-dron. Kita ada pasukan penembak untuk musnahkan dron,” katanya menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang ingin tahu prosedur operasi standard (SOP) kerajaan dalam menghapuskan dadah yang dirampas daripada operasi dan serbuan, serta langkah diambil bagi menangani kes penyeludupan dadah yang berlaku di dalam pusat tahanan.

Saifuddin berkata, penyeludupan itu berlaku di di Penjara Tapah dan Penjara Alor Setar.

Menurut beliau, terdapat tiga golongan yang terlibat dalam penyeludupan dadah iaitu petugas penjara, ahli keluarga dan tahanan.

“Masa lawatan ahli keluarga, kita periksa betul-betul dan tiada hari tanpa pemeriksaan rapi di sel atau bilik tahanan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here