Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 NOVEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 799,000 kereta terjual dinegara ini pada tahun lalu, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Menurutnya, pasaran kenderaan Malaysia besar dan pembangunan industri automotif rancak dengan kenderaan yang dipasang dinegara ini yang berharga di bawah RM100,000 membawa pembangunan industri.

“Pasaran kereta Malaysia besar, tahun lepas jual 799,000 buah kereta berbanding dengan Indonesia, mereka pasaran paling besar dengan populasi sangat besar tapi Indonesia hanya menjual 1.1 juta kereta pada tahun lepas,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Chin Tong berkata demikian menjawab soalan lisan daripada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka), Poay Tiong yang bertanya apakah langkah-langkah kerajaan menggalakkan para pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan terhadap kenderaan elektrik bagi mencapai sasaran SDG 2050.

Menjawab soalan asal itu, Chin Tong berkata, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menggalakkan syarikat tempatan mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi menyokong halatuju pembangunan industri automotif tempatan.

“Antara inisiatif-inisiatif berkaitan fiskal yang ditawarkan oleh Kerajaan merangkumi pengecualian sepenuhnya duti import dan eksais untuk EV jenis CBU import sehingga 31 Disember 2025 serta pengecualian sepenuhnya duti import, eksais dan cukai jualan untuk EV yang dikeluarkan dalam negara sehingga 31 Disember 2027.

“Pengecualian cukai pendapatan (Income Tax Allowance (ITA) / Pioneer Status (PS)) untuk syarikat pengeluar kenderaan cekap tenaga (Energy Efficiency Vehicle – EEV) termasuk EV dan komponen kritikal berkaitan dan pengecualian cukai jalan bagi pengguna EV sehingga 31 Disember 2025,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here