KUALA LUMPUR – Tiga daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang meramalkan keadaan itu berkata, ia membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Menerusi Facbook, agensi itu memaklumkan, keadaan sama turut diramal berlaku di beberapa kawasan di Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette