Timbalan Menteri Agama, Senator Zulkifli Hasan

KUALA LUMPUR – Disebabkan program rehabilitasi selama 90 hari secara sukarela kepada ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang masih rendah, mereka akan diberikan elaun secara harian.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan, elaun itu bagi memastikan ahli-ahli GISBH hadir bagi proses pemulihan tersebut.

“Usaha dilaksanakan antaranya ada Majlis Agama Islam mahupun JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)  dan kerjasama dengan jabatan-jabatan negeri telah menawarkan bantuan kewangan seperi elaun harian bagi meteka yang hadir program pemulihan tersebut bukan sahaja kepada mereka tapi kepada anak dan isteri mereka,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli menjawab pertanyaan lisan Azli Yusof (PN-Shah Alam) yang ingin tahu tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memulihkan akidah pemimpin dan pengikut GISBH yang didakwa terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain itu, beliau berkata,  latihan kemahiran juga ditawarkan kepada semua ahli-ahli GISBH yang hadir ke program tersebut agar mereka dapat meneruskan kelansungan hidup.

Malah mereka juga turut diberikan bantuan kewangan oleh agensi menguruskan zakat di negara ini.

Zulkifli berkata, sebelum ini kerajaan telah melancarkan program rehabilitasi selama 90 hari secara sukarela kepada seluruh ahli GISBH yang merupakan kerjasama antara Majlis Keselamatan Negera (MKN) dan JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAIN dan MKN negeri.

Program rehabilitasi ini telah memulakan projek rintis pada 7 November lalu di rumah pemulihan MAIS dengan mengguna pakai modul Istitabah MAIS.

“Penilaian akan dilaksanakan pada setiap 30 hari selepas sesi pemulihan dilaksanakan. Berasaskan projek rintis ini, JAKIM dengan kerjasama MKN dan pelbagai agensi akan menjalankan program pemulihan dengan modul yang komprehensif. Modul yang digunakan diselaraskan bersama MAIS, JKM, KPM, KDN, LPPKN, JTK dan AKM.

“Modul tersebut meliputi aspek pemulihan akidah dan syariah, pendidikan, kaunseling, kesihatan, kenegaraan dan juga latihan kemahiran untuk persediaan kelangsungan hidup selepas kembali ke pangkuan masyarakat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here