KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 pencawang elektrik menghentikan bekalan elektrik setakat jam 8 malam tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Tanah Merah dan Machang, Kelantan, menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Berikut adalah kawasan yang tidak mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat:
Kota Bharu
1. G-Orange
2. Sekolah Kebangsaan Kadok
3. Taman Sri Kulim
Pasir Putih:
1. DPS 9-12
2. BELB Sungai Gali
3. Kilang Bata Tasek Pauh
4. Yik Tualang Tinggi
Tanah Merah:
1. Manal 1 & 3
2. Manal Baru
3. Kilang Kayu Manal
Machang:
1. Kampung Tandak
2. Machang Indah
3. Limau Hantu
4. Taman Sri Kelaweh
5. Taman Setia Kasih
6. LPT Tok Coba
7. Wakaf Indah
Menurut syarikat utility itu, sekiranya banjir semakin bertambah buruk , berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.
TNB mengingatkan penduduk terjejas banjir supaya sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir.
“Jauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus,” ujarnya. – MalaysiaGazette