Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Situasi banjir yang melanda di enam negeri semakin memburuk apabila lebih ramai mangsa dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah penduduk yang terjejas membabitkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak terus meningkat kepada 35,261 mangsa daripada 10,743 keluarga, setakat pukul 7.40 pagi ini.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan masih merekodkan angka mangsa banjir tertinggi dengan 29,022 orang membabitkan 8,745 keluarga.

Sebanyak 150 PPS telah dibuka di sembilan daerah di negeri-negeri tarbabit.

Di Terengganu, seramai 5,845 mangsa banjir melibatkan 1,882 keluarga sedang mendapatkan perlindungan di 144 PPS yang beroperasi di enam daerah, manakala, di Kedah, lima PPS telah dibuka yang menempatkan 180 mangsa banjir dengan 58 keluarga.

Di Perlis pula, tiga PPS sedang beroperasi dengan menempatkan 166 mangsa banjir, selain masing-masing satu PPS dibuka di Johor (28 mangsa) dan Perak (20 mangsa).

Daripada jumlah keseluruhan mangsa banjir itu, seramai 11,626 atau 32.97 peratus adalah lelaki dewasa, 12,537 atau 35.55 peratus perempuan dewasa; 5,189 atau 14.72 peratus kanak-kanak lelaki; 4,955 atau 14.05 peratus kanak-kanak perempuan; 509 atau1.44 peratus bayi lelaki; dan 445 atau 1.26 peratus bayi perempuan.

Seterusnya, 1,217 atau 3.45 peratus lelaki warga emas; 1,417 atau 4.02 peratus wanita warga emas; 632 atau 1.79 peratus orang kurang upaya (OKU) lelaki manakala 414 atau 1.17 peratus OKU wanita. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here