Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kos perubatan di Malaysia terus meningkat dan susulan daripadanya, bayaran untuk premium insurans perubatan juga kerap dinaikkan sehingga membimbangkan pengguna.

Namun keadaan itu dijangka tiada tanda noktahnya, dan kos perubatan serta premium insurans dijangka akan terus memanjat.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Mark O’Dell berkata, inflasi tuntutan perubatan dari 2021 hingga 2024 secara puratanya adakah 16 peratus.

Daripada kadar tersebut, 7.3 peratus kenaikan adalah membabitkan terapi dan baki 8.8 peratus adalah tuntutan insurans.

Mark juga menjangkakan bayaran untuk insurans dan kos berkenaan akan terus meningkat.

“Pihak persatuan bekerjasama secara proaktif dengan pihak berkepentingan untuk memperlahankan kadar inflasi dan berusaha mengenal pasti pendekatan dan jalan untuk mengurangkan pertumbuhan tuntutan insurans.

“Kami meneliti semua jalan penyelesaian yang ada tidak kira dari segi teknikal atau aspek lain,” katanya kepada China Press.

Menurutnya, inflasi perubatan telah lama wujud tetapi cabaran beberapa tahun kebelakangan ini adalah jumlah tuntutan insurans yang melonjak sehingga premium insurans juga meningkat secara luar biasa.

Katanya, syarikat insurans akan menaikkan bayaran premium bagi mengekalkan dana produk berkaitan insurans perubatan.

“Jumlah tuntutan yang lebih tinggi daripada jangkaan juga menyebabkan penyelarasan premium secara kerap,” katanya.

Sebelum ini,  Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Etiqa, Chris Eng berkata, industri insurans berdepan tekanan kos yang semakin meningkat, sekali gus mendorong kenaikan kadar premium untuk insurans perubatan.

Selain itu, terdapat akhbar yang melaporkan, polisi insurans perubatan semakin membebankan apabila ia dijangka naik antara 40 hingga 70 peratus tahun depan berdasarkan notis yang dihantar oleh para penanggung polisi kepada pengguna.

Alasan yang diberikan adalah kos perubatan di hospital swasta semakin mahal.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna menamatkan polisi insurans perubatan mereka kerana tidak lagi mampu menanggung peningkatan premium yang perlu dibayar setiap bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here